ANALISIS KRITIS MAKNA RENDAH DAN MAKNA TINGGI DALAM KAMUS MALAYSIA DAN INDONESIA
Abstract
Kertas kerja ini akan menganalisis secara kritis kata leksikal sebagai entri kamus yang mendukung konsep makna rendah dan tinggi yang terdapat dalam kamus kedua-dua buah negara. Makna rendah merujuk kepada maksud makna yang biasa seperti cerdik dengan maksud yang mudah mengerti atau licik manakala makna tinggi pula dikaitkan dengan makna amalan agama seperti cerdik dengan makna tinggi sebagai orang yang mengingati mati. Adakah bangsa yang serumpun dengan agama yang sama memperlihatkan persamaan dari segi makna rendah dan tinggi dalam kamus masing-masing? Kajian tentang isu ini masih baharu. Sanat (1998), (2015) dan (2016) membincangkan aspek ini dari pelbagai sudut, termasuklah hal yang berhubung dengan perbandingan kamus Kitab Pengetahuan Bahasa yang diusahakan oleh Raja Ali Haji pada pertengahan abad ke-19 dengan Kamus Dewan, dan perspektif pengguna tentang makna rendah dan tinggi dari pelbagai lapis masyarakat. Kajian ini menggunakan kerangka teori gabungan antara kerangka teori semantik leksikal melalui Model Semantik Paling Luas yang mengambil kira amalan agama dengan Model Wacana Mega. Model semantik dan wacana ini merupakan turunan daripada ‘Teori’Atqakum Sanat (2005). Kertas kerja ini diharap dapat mengemukakan dapatan perbandingan tentang makna rendah dan tinggi dan manfaatnya dalam usaha memartabatkan kamus masing-masing sesuai dengan perkembangan masyarakatnya.
Kata kunci: kata leksikal, makna rendah, makna tinggi, semantik leksikal, semantik wacana
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.